Pendaftaran

Download link : Borang PERMATA



PANDUAN MENGISI BORANG PENYERTAAN AHLI

• Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia dari Parlimen Tanah Merah, Kelantan Darul Naim

• Pemohon hendaklah seorang penuntut berumur 18 hingga 26 tahun, di mana-mana pusat pengajian tinggi (Politeknik, Kolej, Universiti dan yang setara) dalam ataupun luar Malaysia di peringkat sijil dan ke atas.

• Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap maklumat yang diperlukan di dalam borang yang disediakan.

• Setiap permohonan mesti disertakan dengan:-

a). Salinan kad pengenalan atau Dokumen Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

b). Salinan kad pelajar atau surat tawaran yang dikeluarkan oleh pusat pengajian tinggi terkini.

c). 2 keping Gambar berukuran pasport (Wajib).

d) Bayaran Yuran Keahlian sebanyak RM10.00

• Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada ahli Majlis Tertinggi (Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung atau Timbalan, Bendahari Agung atau Timbalan ataupun Exco). Borang permohonan juga boleh dihantar terus ke alamat Pejabat Rasmi PERMATA, Aras 2, Bangunan UMNO Tanah Merah, Jalan Dato’ Nik Mustapha, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

• Majlis Tertinggi berhak menolak permohonan penyertaan ahli yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat keahlian PERMATA.

• Kad keahlian PERMATA akan dikeluarkan selepas permohonan keahlian diluluskan dan ahli PERMATA akan dihubungi oleh wakil PERMATA untuk penyerahan.

• Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran boleh hubungi Cik Amalia Kamila (Timbalan Presiden) - 0137926738 dan En Zulhilmi.0133205575 atau pejabat PERMATA 099557500.