Khamis, 2 Oktober 2014

Majlis Sumbangan Raya dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014

Majlis Sumbangan Raya dan Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 telah berlangsung pada 30 Julai 2014 yang dihadiri lebih 10,000 rakyat Tanah Merah termasuk mahasiswa/i ahli-ahli PERMATA. Mahasiswa/i diraikan dan mendapat sumbangan merupakan baju raya yang disumbangkan olehYB Dato' Hj. Ikmal Hisham.























Majlis Berbuka Puasa, Terawih, Moreh Serta Sumbangan Baju Raya PERMATA 2014

Majlis Berbuka Puasa, Terawih, Moreh Serta Sumbangan Baju Raya PERMATA 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 julai 2014. Majlis dimulakan dengan tazkirah yg disampaikan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Hj Ahmad Dasuki, pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau mengimamkan solat magrib, isyak dan terawih bagi kirta-kira 3000 jemaah yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi PERMATA dan jemputan warga Tanah Merah. Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan Selawat Ummah. YBrs Dr. Hj. Che Amat Bin Hj. Che Muda (Ketua Jajahan Tanah Merah) juga turut hadir bagi memeriahkan majlis. Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Dato' Hj. Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz atas inisiatif beliau memberi sumbangan baju raya kepada ahli-ahli PERMATA pada majlis ini.

















Isnin, 22 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA KALI KE-3 & MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) PERMATA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Bersempena dengan bulan Ramadhan, PERMATA dengan ini ingin menjemput kesemua ahli PERMATA untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa PERMATA  bertempat di SMK Tanah Merah 1. Untuk makluman, EGM PERMATA juga akan diadakan pada hari yang sama dan dengan ini, kami menjemput kesemua ahli permata untuk memeriahkan lagi program kita ini.Program ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB DATO’ HJ. IKMAL HISHAM ABD. AZIZ, AHLI PARLIMEN TANAH MERAH (PENAUNG PERMATA).

Berikut adalah butiran program yang akan berlangsung :

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Tanah Merah, Kelantan (PERMATA)
Tarikh: 6 Ogos 2013 (Selasa)
Masa: 4.30 petang hingga Moreh
Tempat: Dewan Sek. Men. Keb. Tanah Merah 1

AKTIVITI & SLOT
1) Mesyuarat Agung Khas (EGM) PERMATA
2) Majlis Berbuka Puasa
3) Solat Maghrib Berjemaah
4) Solat Isyak Berjemaah
5) Solat Tarawikh

Bagi ahli yang menyertai program ini, nama saudara-saudari akan tersenarai dalam penerima sumbangan PERMATA pada masa akan datang. Suka kami ingatkan bahawa HANYA
 ahli yang menyertai aktiviti-aktiviti PERMATA sahaja akan layak menerima sumbangan PERMATA .


Sekian Terima Kasih 

Rabu, 10 Julai 2013

Program Khidmat Komuniti PERMATA 2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, Pada 6 Julai 2013 yang lalu,seramai 31 orang ahli PERMATA telah bergabung tenaga untuk menjayakan aktiviti gotong-royong di pasar besar Tanah Merah.Aktiviti ini dilakukan bagi memenuhi program Khidmat Komuniti PERMATA untuk tahun 2013. Antara tugasan yang diberikan adalah mengecat,mengemop, membersihkan sawang, membersih longkang, menyapu dan juga membersihkan surau. kesemua aktiviti ini dilakukan di dalam pasar besar Tanah Merah. Aktiviti ini telah menarik perhatian warga tanah merah yang berkunjung ke pasar besar dan pihak kami mendapat respon yang amat positif daripada pihak mereka. semoga program-program sebegini dapat diteruskan lagi selepas ini insyaAllah.


Berikut adalah senarai PESERTA  yang menyertai Program Khidmat Komuniti 2013



Lelaki : 16 peserta                                    Perempuan : 15 peserta

Semua telah sedia maklum bahawa bermula program ini, ahli-ahli yang menyertai program PERMATA sahaja LAYAK menerima sumbangan daripada pihak PERMATA. Oleh itu, kepada peserta-peserta Khidmat Komuniti PERMATA 2013, sukacita dimaklumkan bahawa saudara-saudari dengan ini LAYAK untuk menerima sumbangan daripada PERMATA di masa akan datang. kepada yang tidak berpeluang, anda masih lagi berpeluang untuk menerima sumbagan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan pada masa akan datang.



 



 
PESERTA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013