Mengenai PERMATA








Company Overview
Sebuah badan NGO.

Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (PERMATA) secara umumnya bertujuan mengumpulkan anak-anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan yang sedang menuntut di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Malaysia, dalam sebuah persatuan yang sah.
Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh para penuntut, pelbagai kegiatan dan program yang bermanfaat untuk warga Tanah Merah khasnya dapat dirancang dan dilaksanakan bersama.
Sebarang masalah dari segi pendidikan dan pengajian anak-anak kelahiran Tanah Merah juga dapat disuarakan kepada pihak yang berkenaan secara lebih berkesan melalui persatuan. 

Mission
OBJEKTIF
Jangka Pendek:-
a). Mengeratkan silaturrahim di kalangan penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
b). Mendekati penduduk-penduduk Tanah Merah melalui pelbagai program kemasyarakatan.
c). Membantu pelajar-pelajar Tanah Merah dari segi khidmat motivasi dan nasihat serta penerangan berkenaan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
d). Menyuarakan sebarang permasalahan pendidikan dan pengajian anak-anak kelahiran Tanah Merah kepada pihak yang terbabit.


Products
Jangka Panjang:-
a). Membantu menangani masalah keciciran pelajar kelahiran Tanah Merah di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi.
b). Melahirkan lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi dari Tanah Merah.
c). Memberi sokongan kepada graduan-graduan dari Tanah Merah untuk memulakan alam pekerjaan.
d). Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas.


Facebook Page:

http://www.facebook.com/permatamalaysia