Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, Pada 6 Julai 2013 yang lalu,seramai 31 orang ahli PERMATA telah bergabung tenaga untuk menjayakan aktiviti gotong-royong di pasar besar Tanah Merah.Aktiviti ini dilakukan bagi memenuhi program Khidmat Komuniti PERMATA untuk tahun 2013. Antara tugasan yang diberikan adalah mengecat,mengemop, membersihkan sawang, membersih longkang, menyapu dan juga membersihkan surau. kesemua aktiviti ini dilakukan di dalam pasar besar Tanah Merah. Aktiviti ini telah menarik perhatian warga tanah merah yang berkunjung ke pasar besar dan pihak kami mendapat respon yang amat positif daripada pihak mereka. semoga program-program sebegini dapat diteruskan lagi selepas ini insyaAllah.
Berikut adalah senarai PESERTA yang menyertai Program Khidmat Komuniti 2013
Lelaki : 16 peserta Perempuan : 15 peserta
Semua telah sedia maklum bahawa bermula program ini, ahli-ahli yang menyertai program PERMATA sahaja LAYAK menerima sumbangan daripada pihak PERMATA. Oleh itu, kepada peserta-peserta Khidmat Komuniti PERMATA 2013, sukacita dimaklumkan bahawa saudara-saudari dengan ini LAYAK untuk menerima sumbangan daripada PERMATA di masa akan datang. kepada yang tidak berpeluang, anda masih lagi berpeluang untuk menerima sumbagan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan pada masa akan datang.
PESERTA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013