Jumaat, 26 November 2010

Aktiviti PERMATA – Majlis Raya Haji di SMK Belimbing

jamuan raya haji permata

Pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, PERMATA telah pun mengadakan majlis Raya Haji bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Ramai yang hadir pada majlis tersebut dan mendapat sambutan meriah daripada pengunjung terutamanya yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan ibu bapa mereka.

Objektif utama majlis Raya Haji ini adalah untuk pelancaran Program Bantuan Pendidikan. Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR akan dibantu untuk memasuki asrama penuh dan MRSM manakala pelajar cemerlang SPM dan STPM dapat menyambung pengajian mereka di IPT.

jamuan raya haji permata 2

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penghibur terkenal tanah air iaitu Nora.

jamuan raya haji permata 3

jamuan raya haji permata 4

jamuan raya haji permata 5

Sertai facebook permata untuk perbincangan dan gambar-gambar terkini dan menarik: Facebook PERMATA