Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Program Khidmat Komuniti PERMATA 2013


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Setelah berbincang dengan Penaung serta Majlis Tertinggi PERMATA, mereka telah bersetuju untuk menganjurkan PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan mahasiswa untuk menyumbang kepada masyarakat setempat selain daripada mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Program ini akan disertai oleh Majlis tertinggi Permata,sukarelawan-sukarelawan PERMATA dan juga terbuka kepada semua Ahli PERMATA yang dikasihi sekalian. marilah kita sama-sama memeriahkan program komuniti ini sekaligus menanamkan sifat cintakan tempat kita. Butiran Program adalah seperti berikut :

PROGRAM : KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013
TARIKH : 6 JULAI 2013 (SABTU)
AKTIVITI : GOTONG-ROYONG
TEMPAT : PASAR BESAR TANAH MERAH
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG


kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, bolehlah menghubungi Cik Amalia 013-7926738 untuk pendaftaran. Perlu diingat, ahli yang menyertai aktiviti-aktiviti PERMATA sahaja akan layak menerima sumbangan PERMATA di masa-masa akan datang 


SUKARELAWAN PERMATA


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

PERMATA akan menganjurkan satu program berbentuk khidmat masyarakat pada bulan Julai ini. Inilah masanya untuk golongan mahasiswa pula menyumbang kepada masyarakat setempat. sehubungan dengan itu, PERMATA sedang mencari sukarelawan mahasiswa / volunteers yang mana sukarelawan-sukarelawan ini akan menjadi orang tengah antara Majlis Tertinggi PERMATA dan mahasiswa-mahasiswa di bawah kawasan jagaannya.Bagi mana-mana ahli PERMATA atau mahasiswa yang berminat ingin menjadi 'volunteer' bagi kawasan-kawasan tersebut, kami mengalu-alukan penyertaan anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga penting PERMATA dengan menghubungi saudari Athirah (013-4454348). Inilah masanya untuk kita, MAHASISWA kembali berbakti kepada masyarakat TANAH MERAH. 

SISWA FOR YOU!!



Gambar sekitar program gotong-royong PERMATA tahun lepas


Final Piala FA 2013


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Sempena perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung pada 29 Jun ini, Penaung PERMATA, YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz bermurah hati ingin memberi tiket kepada ahli PERMATA yang LAYAK. Sebilangan tiket KHAS diperuntukkan untuk diberikan kepada PERMATA. Tiket perlu diambil oleh ahli PERMATA sendiri, wakil adalah tidak dibenarkan.


Salah satu syarat yang membolehkan ahli PERMATA layak untuk mendapatkan tiket tersebut adalah maklumat ahli tersebut hendaklah LENGKAP dalam pangkalan data ahli PERMATA berdaftar. Bagi ahli PERMATA yang berminat mendapatkan tiket ini, anda hendaklah MEMASTIKAN dahulu maklumat anda telah lengkap di database PERMATA dengan menghubungi saudari Amalia (013-7926738).

Kepada yang berminat untuk menempah tiket, boleh hubungi pegawai PERMATA yang bertugas - 0132074241 untuk tempahan. Tiket adalah terhad. Keutamaan diberikan kepada ahli PERMATA yang telah berdaftar dengan SPR.  

Bagi Anak-anak Tanah Merah yang bukan ahli PERMATA, Tiket bola final Piala FA juga disediakan. Konsep ‘Percuma 1, boleh beli 1’ diterapkan dalam pembahagian tiket kali ini bagi individu yang LAYAK, khususnya kepada penyokong Barisan Nasional. Dato’ Penaung PERMATA sudah MENEMPAH dan menunggu tiket sampai kepada pihak kami buat masa ini. Tiket adalah TERHAD!!



 Gambar keratan akhbar UMNO TM agih tiket percuma

Selasa, 15 Mei 2012

TIKET BOLA UNTUK AHLI-AHLI PERMATA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita baik kpd ahli PERMATA sekalian. Setelah AJK
PERMATA membuat perbincangan dgn penaung PERMATA iaitu Ybhg. Dato' Hj. Ikmal 
Hisham bin Abdul Aziz, memandangkan warga Tanah merah yang berada di luar Kelantan 
mendapat tiket bola percuma, beliau juga bersetuju untuk memberikan tiket bola percuma 
kpd ahli-ahli PERMATA yang telah mendaftar sebagai pengundi dan namanya telah ada
dalam senarai SPRM . Ahli PERMATA yang masih
belum layak/ befdaftar sebagai pengundi masih mendapat keistimewaan dgn 
mendapat subsidi separuh harga dari harga tiket tersebut. 
Untuk ahli permata yang berada disekitar lembah klang(Kuala Lumpur) yang ingin 
mendapatkan Tiket Bola Piala FA, anda boleh mula mendapatkannya di Showroom perodua 
pada:

HARI :SELASA HINGGA KHAMIS (15-17 MEI 2012)

MASA :10.00 PAGI

TEMPAT :PERODUA NOBLE TWIN SDN BHD

LOT 1039 JALAN ENGGANG, TAMAN KERAMAT,

BERHAMPIRAN STESEN LRT JALAN JELATEK.

PROSEDUR PENGAMBILAN DAN PEMBELIAN TIKET: Mengikut kategori yg telah ditetapkan..

*wakil tidak dibenarkan mengambil tiket..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

PN KAMILAH : 013-609 6067

PN ZILA : 019-978 9448

EN ZULKHAIRI :019-315 6228

EN AKMAL :013-361 2062
Untuk ahli-ahli PERMATA yang berada di sekitar Kelantan, boleh dapatkan tiket bola di 
Pejabat UMNO Tanah Merah dan sila hubungi Saudara Mohd Zulhilmi (013-4420863).

Ahad, 29 April 2012

MALAM MESRA ANAK-ANAK TANAH MERAH

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ybhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham .  Beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu dan bercerita tentang hidup beliau yang penuh cabaran dan suka-duka.
Majlis dirasmikan oleh Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah isteri kepada Tok Pa.


Inilah barisan kepimpinan di daerah Tanah Merah

Nyayian oleh Puteri Caroline, anak jati Tanah Merah

Nyanyian oleh Zarina AF

Persembahan yang cukup menghiburkan oleh Aizat AF

Persembahan oleh Datuk Siti

Nyanyian yang cukup hebat. Memukau semua warga Tanah Merah

Datuk Siti berdikir barat bersama Kumpulan Dikir Barat Aswara


Alhamdulillah majlis Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah berjalan dgn lancar. Majlis dihadiri rmai anak-anak tanah merah yang berada di perantauan dan ramai juga anak-anak tanah merah datang dari tanah merah semata-mata untuk menghadiri maljis ini. Mahasiswa/i  Tanah Merah dari UPM,UITM,UUM,UPSI,UM juga turut sera dalam majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepda Penaung Permata Ybhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz kerana dengan usaha beliau majlis yang gilang-gemilang ini dapat diadakan dan disertai ribuan anak-anak Tanah Merah.

Isnin, 23 April 2012

Mari kito pakat g PWTC...Jupo dan beramah mesra dengan ore kapung kito...anok-anok TANOH MEROH...

Datuk Siti Nurhaliza pun ado...Aizat AF ado jugok....Ramai lagi artis-artis yang akan memeriahkan lagi majlis Malam Mesra Anak-anak Tanah Merah


Isnin, 26 Mac 2012

PERMATA 'CAREER DAY' (25 MAC 2012)

Y.Bhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham b. Abdul Aziz  merasmikan PERMATA 'CAREER DAY'.

Calon-calon sedang mendengar taklimat daripada wakil-wakil syarikat.

Barisan wakil-wakil syarikat GIANT, OSK investment bank dan SCOMI engineering  and oil tools

Taklimat oleh OSK investment bank.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kpd Y.Bhg. Dato' Hj. Ikmal Hisham b. Abdul Aziz dan PERMATA kerana berjaya membawa tiga syarikat gergasi iaitu GIANT, OSK investment bank dan SCOMI engineering and oil tools. Tahniah kepada calon-calon yang berjaya mendapat tempat di syarikat GIANT. Kepada yang masih belum berjaya diharap jangan putus asa dan tingkatkan lagi usaha demi kejayaan anda. Sesungguhnya kejayaan anda adalah kejayaan warga Tanah Merah.

KARNIVAL JOM MASUK U (24 MAC 2012)

Ucapan perasmian daripada Y.Bhg Dato' Hj. Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz selaku PERMATA merangkap Ketua UMNO bahagian Tanah Merah

Sambutan rakyat Tanah Merah yang cukup hebat Kira-kira 2000 orang hadir untuk mendengar taklimat-taklimat yang disampaikan. 

Barisan tetamu daripada PPD Tanah Merah, Kementerian Pengajian Tinggi,  Matrikulasi.

Adik-adik lepasan SPM dan STPM mendapatkan cenderahati dari PERMATA dan UMNO Tanah Merah

Peserta-peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan.

Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan Y.Bhg Dato' penaung PERMATA, KARNIVAL JOM MASUK U dapat diadakan di TANAH MERAH. Sambutan yang sangat memberagsangkan daripada rakyat Tanah Merah khususnya adik-adik lepasan SPM dan STPM 2011 malah ada juga peserta dari daerah lain yang tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pogram ini. Diharapkan agar pogram seperti ini dapat lagi diadakan pada tahun-tahun akan datang demi kejayaan anak-anak Tanah Merah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Hj. Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz , PERMATA dan UMNO bahagian Tanah Merah kerana mengadakan program seperti ini.

Selasa, 20 Mac 2012

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA.....

 Seperti yang kita tahu, 3 syarikat GERGASI yang dibawa oleh penaung kita iaitu Dato' Ikmal Hisham B. Abd Aziz akan membuat "walk in interview" di Tanah Merah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadi bersiap-sedialah untuk ditemuduga. Tunjukkan bahawa graduan dari Tanah Merah adalah graduan yang berkualiti. Jumpa anda disana...
Peluang untuk adik-adik lepasan SPM/STPM dan juga yg masih di tingkatan 5&6. Jangan lepaskan peluang ini bagi merungkai segala permasalahan dan kekeliruan yg dihadapi semasa membuat pemilihan kursus untuk ke IPT. Penaung PERMATA Dato' Ikmal Hisham B. Abd Aziz berusaha untuk mengadakan karnival ini demi kejayaan anak-anak Tanah Merah bagi melanjutkan pelajaran ke IPT.

Sabtu, 18 Februari 2012

SUMBANGAN KEPADA BAKAL RAJA SEHARI



Yg Bhg. Dato' Penaung telah bersetuju untuk memberi sumbangan RM500 kepada ahli PERMATA yang bakal berkahwin. Pemohon tersebut hendaklah mengemukakan: 

1) Surat Rasmi Memohon Sumbangan daripada PERMATA
2) Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Salinan)
3) Surat Kebenaran Berkahwin yang telah disahkan (Salinan)
4) Pengesahan Ujian Saringan HIV daripada Klinik Kesihatan Kerajaan Malaysia (Salinan)

Maklumat lanjut, sila hubungi Timbalan Presiden, Amalia Kamila (013-7926738). Tq~

Rabu, 1 Jun 2011

Kursus Resume Writing dan Personality Grooming

Assalamualaikum~

 

Berita baik kepada ahli PERMATA, Kursus “Resume Writing and Personality Grooming secara percuma selama 1 hari akan di adakan.

Tempat : Dewan UMNO Tanah Merah

Tarikh : 18 Jun 2011

Kami akan menjemput Nizal Mohammad dan juga Farrah Adeeba/Catriona Ross. Jika berminat boleh hubungi saudari berikut :

  • Amalia Kamila (0137926738)
  • Yana Ramli (0132570921)
  • Azwana (0196170408)

Terima kasih :)

Isnin, 31 Januari 2011

Majlis Silaturrahim “Reunion” & Jamuan Gong Xi Fa Cai

majlis silarurrahim reunion permata

Salam 1 Malaysia! Sukacita dimaklumkan bahawa PERMATA akan menganjurkan satu majlis dinamakan “Majlis Silaturrahim Reunion dan Jamuan Gong Xi Fa Cai”. Semua mahasiswa tanah merah, pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM di jemput untuk menghadiri majlis ini.

Ahli PERMATA yang hadir pada majlis ini juga akan menerima “saguhati” jadi rugi bagi siapa yang tidak hadir. Butiran lengkap mengenai majlis ini adalah seperti berikut:

Rabu, 22 Disember 2010

Senarai ahli PERMATA yang layak menerima sumbangan

Berikut adalah ahli PERMATA yang layak menerima sumbangan jika hadir pada karnival PERMATA 26/12/2011.

Mana-mana individu yang berdaftar dengan PERMATA sebelum 10 Disember, tetapi nombor kad pengenalan tiada dalam senarai yang kami lampirkan ini, boleh menghubungi saudara Amsyar (0179332040).

Pada karnival PERMATA 2010 26 Disember nanti anda diwajibkan membawa salinan IC, salinan kad matrik pelajar, dan gambar passport.

Ahad, 19 Disember 2010

Sabtu, 18 Disember 2010

(Penting) Futsal PERMATA 2010 telah diawalkan kepada 23 Disember!!!

futsal

Perlawanan FUTSAL PERMATA telah diawalkan kepada 23 Disember 2010 (asalnya 25 Disember) atas sebab-sebab tertentu.

Maklumat lanjut boleh rujuk kepada Amsyar : 0179332040. Harap maklum!

Ahad, 5 Disember 2010

Karnival PERMATA 2010

Assalamualaikum kepada semua ahli PERMATA, sukacita dimaklumkan bahawa PERMATA akan mengadakan satu majlis besar-besaran iaitu KARNIVAL PERMATA 2010. Semua ahli PERMATA dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini disamping berpeluang mendapat pengalaman baru dan ganjaran juga akan diberikan.

Maklumat Karnival PERMATA 2010 adalah seperti berikut:

Borang penyertaan Futsal Karnival PERMATA 2010

Futsal Karnival PERMATA 2010


Tarikh: 25 Disember 2010

Tempat: KuYo Futsal, Tanah Merah

Isikan borang online untuk menjadi peserta.

Maklumat lanjut hubungi Amsyar : 0179332040


Tarikh tutup penyertaan borang : 18 Disember 2010

Jumaat, 26 November 2010

Aktiviti PERMATA – Majlis Raya Haji di SMK Belimbing

jamuan raya haji permata

Pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, PERMATA telah pun mengadakan majlis Raya Haji bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Ramai yang hadir pada majlis tersebut dan mendapat sambutan meriah daripada pengunjung terutamanya yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan ibu bapa mereka.

Aktiviti PERMATA – Makan Malam Amal PENAWAR

charity dinner penawar

Aktiviti Makan Malam Amal bersama PENAWAR.

Aktiviti PERMATA – Official meeting kali kedua

Perjumpaan rasmi kali kedua bersama pengerusi pertama Datuk Ikmal.

permata 2nd official meeting