Ahad, 5 Disember 2010

Karnival PERMATA 2010

Assalamualaikum kepada semua ahli PERMATA, sukacita dimaklumkan bahawa PERMATA akan mengadakan satu majlis besar-besaran iaitu KARNIVAL PERMATA 2010. Semua ahli PERMATA dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini disamping berpeluang mendapat pengalaman baru dan ganjaran juga akan diberikan.

Maklumat Karnival PERMATA 2010 adalah seperti berikut:



Tarikh : 25 dan 26 Disember 2010

Aktiviti Karnival PERMATA 2010 :-

1) Futsal 

- Perlawanan Futsal melibatkan 24 pasukan disertai oleh ahli-ahli PERMATA
- Tarikh pada 25 Disember
- Tempat di KuYo Futsal, Tanah Merah

2) Ucapan, Permainan

- Motivasi dan permainan interaktif melibatkan ahli-ahli PERMATA

3) Sumbangan dan Penyampaian Hadiah

- Sumbangan untuk mahasiswa PERMATA bagi memulakan semester baru sessi pembelajaran 2011
- Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Futsal dan aktiviti-aktiviti lain semasa karnival

Anda semua dikehendaki membawa salinan I/C, salinan kad pelajar dan gambar passport semasa menghadiri Karnival PERMATA 2010. Diharap anda semua dapat mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika karnival berlangsung.

Harap maklum, sekian terima kasih.