Ahad, 19 Disember 2010

(Update) Karnival PERMATA 2010

karnival permata

Beberapa pengumuman penting mengenai Karnival PERMATA 2010.

1. Futsal akan diadakan pada 23 Disember 2010 (Khamis). Hanya peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai Futsal sahaja yang diwajibkan hadir pada hari hari tersebut. Bayaran masuk adalah percuma dan hadiah menarik disediakan untuk pemenang pertandingan.

Aktiviti futsal akan diadakan di KuYo Futsal, Tanah Merah.

2. Ahli PERMATA yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti futsal diminta hadir pada 26 Disember, Khamis bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah.

3. Pada 26 Disember, beberapa aktiviti akan diadakan seperti motivasi dan permainan interaktif. Lebih ramai penyertaan, lebih meriah aktiviti nanti.

4. Ahli PERMATA yang hadir pada hari tersebut juga akan mendapat sumbangan daripada penaung PERMATA iaitu Dato’ Haji Ikmal Hisham bin Abdul Aziz. Sumbangan akan diberikan kepada mahasiswa sempena mereka akan memasuki semester baru pada penghujung tahun.

5. Sepanjang minggu ini (19hb-25hb Disember) ahli-ahli PERMATA akan mendapat panggilan daripada AJK PERMATA bagi mengesahkan status pendaftaran dan kehadiran anda pada aktiviti yang bakal berlangsung nanti.

Sekian, terima kasih. Harap maklum :)