Isnin, 31 Januari 2011

Majlis Silaturrahim “Reunion” & Jamuan Gong Xi Fa Cai

majlis silarurrahim reunion permata

Salam 1 Malaysia! Sukacita dimaklumkan bahawa PERMATA akan menganjurkan satu majlis dinamakan “Majlis Silaturrahim Reunion dan Jamuan Gong Xi Fa Cai”. Semua mahasiswa tanah merah, pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM di jemput untuk menghadiri majlis ini.

Ahli PERMATA yang hadir pada majlis ini juga akan menerima “saguhati” jadi rugi bagi siapa yang tidak hadir. Butiran lengkap mengenai majlis ini adalah seperti berikut:

majlis reunion

Tarikh : 3 hb Februari (Khamis)

Masa : 10 pagi

Tempat : SMK Belimbing

Aktiviti : Pendaftaran Terbuka menjadi ahli PERMATA, Majlis Silaturrahim, Jamuan Gong Xi Fa Cai, Penyampaian Saguhati kepada hadirin

Selain itu, mahasiswa yang belum menjadi ahli PERMATA juga boleh membuat pendaftaran pada hari tersebut, kerana PERMATA akan membuat sessi pendaftaran terbuka.

Datanglah beramai-ramai dan jemput kawan-kawan anda mahasiswa anda sekali datang ke majlis ini. Lagi ramai lagi meriah.

Terima kasih.