Rabu, 19 Jun 2013

Final Piala FA 2013


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Sempena perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung pada 29 Jun ini, Penaung PERMATA, YB Dato' Haji Ikmal Hisham Abd Aziz bermurah hati ingin memberi tiket kepada ahli PERMATA yang LAYAK. Sebilangan tiket KHAS diperuntukkan untuk diberikan kepada PERMATA. Tiket perlu diambil oleh ahli PERMATA sendiri, wakil adalah tidak dibenarkan.


Salah satu syarat yang membolehkan ahli PERMATA layak untuk mendapatkan tiket tersebut adalah maklumat ahli tersebut hendaklah LENGKAP dalam pangkalan data ahli PERMATA berdaftar. Bagi ahli PERMATA yang berminat mendapatkan tiket ini, anda hendaklah MEMASTIKAN dahulu maklumat anda telah lengkap di database PERMATA dengan menghubungi saudari Amalia (013-7926738).

Kepada yang berminat untuk menempah tiket, boleh hubungi pegawai PERMATA yang bertugas - 0132074241 untuk tempahan. Tiket adalah terhad. Keutamaan diberikan kepada ahli PERMATA yang telah berdaftar dengan SPR.  

Bagi Anak-anak Tanah Merah yang bukan ahli PERMATA, Tiket bola final Piala FA juga disediakan. Konsep ‘Percuma 1, boleh beli 1’ diterapkan dalam pembahagian tiket kali ini bagi individu yang LAYAK, khususnya kepada penyokong Barisan Nasional. Dato’ Penaung PERMATA sudah MENEMPAH dan menunggu tiket sampai kepada pihak kami buat masa ini. Tiket adalah TERHAD!!



 Gambar keratan akhbar UMNO TM agih tiket percuma