Rabu, 19 Jun 2013

Program Khidmat Komuniti PERMATA 2013


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Setelah berbincang dengan Penaung serta Majlis Tertinggi PERMATA, mereka telah bersetuju untuk menganjurkan PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan mahasiswa untuk menyumbang kepada masyarakat setempat selain daripada mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Program ini akan disertai oleh Majlis tertinggi Permata,sukarelawan-sukarelawan PERMATA dan juga terbuka kepada semua Ahli PERMATA yang dikasihi sekalian. marilah kita sama-sama memeriahkan program komuniti ini sekaligus menanamkan sifat cintakan tempat kita. Butiran Program adalah seperti berikut :

PROGRAM : KHIDMAT KOMUNITI PERMATA 2013
TARIKH : 6 JULAI 2013 (SABTU)
AKTIVITI : GOTONG-ROYONG
TEMPAT : PASAR BESAR TANAH MERAH
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG


kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, bolehlah menghubungi Cik Amalia 013-7926738 untuk pendaftaran. Perlu diingat, ahli yang menyertai aktiviti-aktiviti PERMATA sahaja akan layak menerima sumbangan PERMATA di masa-masa akan datang